NEW JERSEY - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki berhadapan hukuman penjara selepas menemui isterinya curang di atas katil bersama bosnya.

Yahoo News melaporkan Sean Donis, 37 yang sedang menjaga anaknya yang berusia lima tahun sedang mencari peranti iPadnya sebelum kejadian.

Donis kemudian mengaktifkan aplikasi Find My iPhone yang mampu mengesan peranti tersebut.

Aplikasi berkenaan membawa Donis ke sebuah rumah tidak berkunci dan menemui isterinya, Nancy Donis, 38 bersama bosnya Albert Lopez, 58 di atas katil dalam keadaan lucah.

Donis kemudian merakam video kedua-dua subjek yang masih berada dalam keadaan memalukan.

Tidak lama kemudian, Donis menerima surat peguam yang mengatakan dirinya berhadapan dakwaan memecah masuk kediaman dan merakam tanpa izin.

Dalam perbicaraan Jumaat lalu, Lopez mengatakan dia menyuruh Donis keluar dari bilik tetapi gagal dituruti lelaki berkenaan.

"Bunuhlah saya, saya tak peduli," kata Donis degil dalam kejadian April 2016 tersebut.

Lopez mendakwa Nancy mengatakan wanita tersebut telah bercerai dengan Donis sebelum kejadian.

Peguambela Donis, Howards Greenberg memberitahu anak guamnya tidak wajar menerima sebarang hukuman kerana berjaya menguruskan kejadian tersebut tanpa sebarang kecelakaan.

Bagaimanapun, pendakwa raya Nabeela Mcleod masih menyebelahi Lopez selepas mendapat tahu Donis berkongsi rakaman curang dengan saudara mara sebelah isteri.

Jika didapati bersalah, Donis boleh dipenjara sehingga 15 tahun.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :