Pritam Singh dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Singapura

Singh didakwa memberi keterangan palsu kepada jawatankuasa parlimen dalam penyiasatan terhadap bekas Ahli Parlimen WP, Raeesah Khan pada 2021. Foto Agensi
Singh didakwa memberi keterangan palsu kepada jawatankuasa parlimen dalam penyiasatan terhadap bekas Ahli Parlimen WP, Raeesah Khan pada 2021. Foto Agensi
A
A
A

SINGAPURA - Ketua Parti Pekerja (WP), Pritam Singh telah dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Singapura, sehari selepas proses undian bahawa beliau tidak layak meneruskan peranan itu susulan sabitannya kerana berbohong kepada jawatankuasa Parlimen.

Perdana Menteri, Lawrence Wong pada Khamis menyifatkan keputusan itu wajar bagi menegakkan undang-undang, maruah dan integriti Parlimen.

“Setelah meneliti perkara tersebut, saya memutuskan bahawa beliau tidak lagi layak menyandang jawatannya setelah mengambil kira pandangan Parlimen,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa pengiktirafan Singh sebagai Ketua Pembangkang akan digugurkan serta-merta.

Menurut Lawrence, beliau telah mencadangkan kepada Parti Pekerja supaya menamakan seorang lagi Ahli Parlimen (MP) untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

“Calon tersebut perlu memenuhi standard tinggi untuk menggalas tanggungjawab mewakili suara pembangkang. Saya berharap dapat menerima pencalonan mereka tidak lama lagi," katanya menerusi surat dihantar kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat WP.

Singh dilantik sebagai Ketua Pembangkang oleh bekas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong selepas Pilihan Raya Umum 2020. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Parti Pekerja, Pritam Singh dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Singapura kerana berbohong kepada jawatankuasa Parlimen
  • Perdana Menteri, Lawrence Wong menyifatkan keputusan itu wajar untuk menegakkan undang-undang dan integriti Parlimen
  • Singh tidak lagi layak menyandang jawatannya setelah mengambil kira pandangan Parlimen
  • Pengiktirafan Singh sebagai Ketua Pembangkang digugurkan serta-merta
  • Lawrence Wong mencadangkan Parti Pekerja menamakan seorang Ahli Parlimen lain untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pembangkang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!