Gempa bumi gegar Israel

Tangkapan layar memaparkan amaran gempa bumi yang diaktifkan di beberapa lokasi di selatan Israel susulan gempa bermagnitud 4.2 berhampiran Dimona pada 15 Januari 2025. - Agensi
Tangkapan layar memaparkan amaran gempa bumi yang diaktifkan di beberapa lokasi di selatan Israel susulan gempa bermagnitud 4.2 berhampiran Dimona pada 15 Januari 2025. - Agensi
A
A
A

TEL AVIV – Satu gempa bumi bermagnitud 4.2 pada skala Richter menggegarkan selatan Israel pada Rabu mencetuskan amaran keselamatan di beberapa kawasan termasuk Laut Mati dan wilayah Negev selatan.

Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC), pusat gempa dikesan berhampiran Dimona, sebuah bandar yang terletak di kawasan padang pasir Negev.

Gegaran dilaporkan dapat dirasai oleh penduduk di beberapa kawasan sekitar, namun tidak menyebabkan kerosakan besar.

Perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom (MDA) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecederaan atau kemalangan akibat gempa tersebut setakat ini.

Pihak berkuasa tempatan turut memaklumkan bahawa sistem pemantauan seismik negara berada dalam keadaan berfungsi dan terus menilai kemungkinan berlakunya gegaran susulan, walaupun setakat ini tiada amaran tambahan dikeluarkan.

Israel terletak berhampiran Lembah Rift Jordan, satu zon geologi aktif yang berpotensi mengalami gempa bumi, meskipun kejadian gempa berskala sederhana seperti ini jarang mengakibatkan kemusnahan besar.- Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gempa bumi bermagnitud 4.2 menggegarkan selatan Israel termasuk Laut Mati dan wilayah Negev selatan
  • Pusat gempa berhampiran Dimona di kawasan padang pasir Negev
  • Gegaran dirasai di beberapa kawasan tetapi tidak menyebabkan kerosakan besar
  • Tiada laporan kecederaan atau kemalangan diterima oleh perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom
  • Sistem pemantauan seismik negara berfungsi dan menilai kemungkinan gegaran susulan tanpa mengeluarkan amaran tambahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!