Raja Salman jalani pemeriksaan perubatan - Istana Diraja Arab Saudi

RIYADH - Istana Diraja Arab Saudi pada Jumaat mengeluarkan kenyataan memaklumkan yang Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menjalani pemeriksaan perubatan di sebuah hospital di ibu negara, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
"Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud sedang menjalani pemeriksaan perubatan hari ini, Jumaat, 16 Januari 2026 di Hospital Pakar King Faisal di Riyadh.
"Semoga ALLAH melindungi Penjaga Dua Masjid Suci dan mengurniakan kesihatan serta kesejahteraan yang berterusan kepada baginda,” menurut kenyataan itu. - Bernama-SPA
Ringkasan AI
- Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Pakar King Faisal di Riyadh
- Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Istana Diraja Arab Saudi pada Jumaat
- Kenyataan tersebut dilaporkan oleh Agensi Berita Arab Saudi (SPA)
- Raja Salman digelar sebagai Penjaga Dua Masjid Suci
- Doa untuk kesihatan dan kesejahteraan berterusan baginda disampaikan dalam kenyataan tersebut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
