KUALA TERENGGANU – DAP diminta menghormati status quo pembahagian kerusi sebagaimana yang ditetapkan Pakatan Rakyat (PR) bagi mengelak pertindihan kerusi, sekalipun mahu meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya akan datang.

Ketua Penerangan PKR Terengganu, Fariz Musa berkata, DAP tidak harus menarik mana-mana kerusi parti Pakatan Rakyat (PR) yang lain semata-mata mahu meletakan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu.

Menurutnya, beliau menghormati kehendak DAP, namun pihak tersebut boleh meletakkan calon Melayu di mana-mana kerusi yang pernah ditandingi mereka sebelum ini.

“Itu hak DAP tetapi status quo dipertahankan. Jadi tidak timbul perubahan atau usaha untuk menarik kerusi yang lain.

“Bagi DAP, mereka perlu melihat kepada demokrasi dan persekitaran setempat. Bagi kita, terpulanglah kepada DAP untuk meletakkan calon Melayu, Cina dan India di kerusi sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat DAP untuk meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu.

Sementara itu, Fariz yang juga Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat berkata, usaha yang mahu dilakukan DAP itu sebenarnya memperjelas bahawa parti itu bukanlah rasis sebagaimana yang didakwa segelintir pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, DAP juga secara tidak langsung menegaskan bahawa parti itu bukanlah anti Melayu kerana mereka sebenarnya berbilang kaum dan turut mempunyai keanggotaan dari kaum Melayu.

“Umno dan BN sebelum ini membawa doktrin bahawa DAP dianggotai oleh orang Cina sahaja. Ini adalah polemik yang tidak wujud tetapi diwujudkan oleh Melayu sendiri,” katanya.

Diminta mengulas sama ada dasar berbilang kaum yang diamalkan DAP kelak akan menyebabkan persaingan dengan PKR yang mengamalkan dasar sama, Fariz menolak perkara tersebut kerana sehingga kini, Pakatan Rakyat (PR) masih dapat bekerjasama.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Siasatan forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati punca utama runtuhan sebahagian laluan berbumbung pejalan kaki di Jalan Kampung Daik, di sini, akibat sesalur elektrik berkarat.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur sanggup berada dalam keadaan tidak selesa selepas bertindak menyembunyikan dadah dalam seluar dalam yang sedang dipakainya bagi mengelak dicekup polis dalam satu kejadian di Kampung Jeram, Manir, di sini, Ahad lalu.
  • KUALA TERENGGANU - Tindakan nekad seorang lelaki yang mengugut mahu membunuh teman lelaki bekas isterinya kerana cemburu membawa padah apabila dihukum tujuh hari penjara dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, hari ini.
  • KUALA TERENGGANU - Cuaca sejuk melanda Terengganu sejak minggu lalu mendapat pelbagai reaksi terutama dalam kalangan mereka yang sering berdepan dengan cabaran cuaca panas untuk ke suatu destinasi.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang wanita warga Kemboja yang masih berdegil menetap di sebuah rumah sewa di Dungun, meskipun memiliki rekod individu disingkirkan memasuki Malaysia, mengundang padah apabila dihukum tiga bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini.