Kompleks Masjid Tahfiz Al-Ayubi ajak orang ramai berinfak

PASIR MAS – Kompleks Masjid Tahfiz Al-Ayubi di Kota Siti Mariam, Pulau Buih, Kangkong di sini yang dirancang sejak 2006 memerlukan dana sebanyak RM13.7 juta bagi menyiapkan sepenuhnya projek berkenaan.
Pengerusi Masjid Tahfiz Al-Ayubi, Zulta Ayub Daud berkata, ia merupakan masjid tahfiz pertama dibina di Pulau Buih dan pembinaannya telah bermula pada 3 Mac 2023.
Menurutnya, kompleks masjid tahfiz berkeluasan 41,793 kaki persegi itu mampu menampung sehingga 600 jemaah pada satu-satu masa.
“Setakat ini, pihak pengurusan baharu menerima sumbangan infak berjumlah RM2.5 juta bagi tujuan pembinaan.
"Kami merayu kepada orang ramai untuk terus berinfak bagi memastikan impian untuk melihat sebuah masjid tahfiz terbina dapat direalisasikan,” katanya.
Menurut Zulta pembinaan kompleks berkenaan merangkumi masjid utama, kuarters, kawasan parkir, padang, dataran serta papan tanda.
Selain itu jelasnya, kemudahan lain yang turut dibina termasuk dewan makan, dewan terbuka, sistem pendawaian elektrik, sistem pembesar suara serta tempat mengambil wuduk.
“Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam atas nama Masjid Tahfiz Al-Ayubi bernombor 03120010014936 atau menghubungi saya di talian 012-951 9426,” katanya.
Ringkasan AI
- Kompleks Masjid Tahfiz Al-Ayubi di Pasir Mas memerlukan dana RM13.7 juta untuk pembinaan sepenuhnya
- Pembinaan masjid tahfiz ini bermula pada 3 Mac 2023 yang pertama di Pulau Buih
- Kompleks itu berkeluasan 41,793 kaki persegi dengan kapasiti 600 jemaah
- Setakat ini, pengurusan sudah menerima sumbangan RM2.5 juta
- Kompleks ini akan merangkumi masjid utama, kuarters, kawasan parkir dan kemudahan lain seperti dewan makan serta sistem pembesar suara
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

