Gangguan bekalan air berpanjangan, lebih 10,000 pengguna di Labuan terjejas

Labuan mengalami gangguan bekalan air sejak 9 Januari lalu menjejaskan lebih 10,000 pengguna. Foto hiasan
Labuan mengalami gangguan bekalan air sejak 9 Januari lalu menjejaskan lebih 10,000 pengguna. Foto hiasan
A
A
A

LABUAN - Beberapa kampung dan kawasan kediaman di sini mengalami gangguan bekalan air sejak 9 Januari lalu yang telah menjejaskan lebih 10,000 pengguna. 

Gangguan itu menjejaskan sedikit persediaan ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah menyaksikan ramai isi rumah terpaksa beratur untuk mendapatkan bekalan air daripada lori tangki yang disediakan.

Sesetengah penduduk terpaksa membeli air botol untuk kegunaan mandi, memasak dan minuman.

Dalam kenyataan pada 8 Januari lalu, Jabatan Air Labuan memaklumkan, gangguan itu berpunca daripada pergerakan tanah di cerun Bukit Besar yang menjejaskan paip salur masuk dan keluar.

Dalam kemas kini pada 10 Januari, jabatan itu melaporkan kerja-kerja pembaikan dihentikan sementara ekoran hujan berterusan dan tanah runtuh, dan akan disambung semula apabila keadaan mengizinkan.

Keadaan bertambah teruk apabila berlaku gangguan pada paip kedua di Pulau Buah pada Selasa.

Setakat 6.50 pagi pada Rabu, kerja-kerja pembaikan mencapai 65 peratus siap dan Jabatan Air Labuan serta Perbadanan Labuan telah mengerahkan lori tangki air ke kawasan terjejas.

Jabatan itu akan memantau rapat situasi itu dan sebarang kemas kini akan dimaklumkan kemudian.

Justeru, sementara menunggu bekalan pulih sepenuhnya pengguna diminta menggunakan air dengan berhemat. - Bernama

Ringkasan AI

  • Labuan mengalami gangguan bekalan air sejak 9 Januari lalu menjejaskan lebih 10,000 pengguna
  • Gangguan itu menyebabkan ramai yang terpaksa beratur untuk mendapatkan air dari lori tangki
  • Sesetengah penduduk membeli air botol untuk kegunaan harian
  • Gangguan disebabkan oleh pergerakan tanah di cerun Bukit Besar yang menjejaskan paip
  • Kerja-kerja pembaikan mencapai 65 peratus siap, Jabatan Air Labuan mengerahkan lori tangki air ke kawasan terjejas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!