Lelaki berpakaian wanita didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu

Tertuduh (kiri) ketika dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu pada Rabu atas dakwaan berpakaian dan berlagak seperti wanita di sebuah pusat beli-belah pada Mei tahun lalu.
Tertuduh (kiri) ketika dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu pada Rabu atas dakwaan berpakaian dan berlagak seperti wanita di sebuah pusat beli-belah pada Mei tahun lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini pada Rabu atas pertuduhan berpakaian dan berlagak seperti wanita di sebuah pusat beli-belah di sini pada Mei tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Lukman Mohamad Aluddin, 33, yang juga dikenali sebagai 'Miera Martoza' membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Hamidi Shafie.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berulang dengan memakai pakaian wanita dan berlagak seperti wanita di Tingkat 3, KTCC Mall, Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, kira-kira jam 4 petang pada 12 Mei 2025.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dan boleh dihukum dibawah Seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman sebatan tidak melebihi enam sebatan atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya serta boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dan menetapkan 10 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie, manakala tertuduh diwakili firma guaman Muhammad Syarafi & Partners menerusi peguam, Siti Nur Adibah Pakurazzi.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu atas pertuduhan berpakaian seperti wanita
  • Tertuduh dikenali sebagai 'Miera Martoza'
  • Didakwa melakukan kesalahan pada Mei tahun lalu di KTCC Mall, Kuala Terengganu
  • Boleh dihukum sebatan, penjara atau denda mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001
  • Mahkamah membenarkan jamin RM3,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 10 Februari

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!