AMPANG - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi Dun Bukit Antarabangsa dengan memperoleh 30,892 undi menewaskan calon BN, Pas, PRM dan Bebas.

Azmin mendapat  25,512 undi majoriti menewaskan calon BN, Salwa Yunus memperoleh 5,380 undi, Sharifah Haslizah Syed Ariffin (Pas) 2,311undi, Ahmad Kamarudin (PRM) 116 undi dan Azwan Ali (Bebas) 90 undi.

Pakatan Harapan berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Ampang serta turut merampas kerusi Dun Lembah Jaya

Parlimen Ampang, penyandang, Zuraida Kamaruddin (PKR) mendapat 41,956 undi majoriti, Nurul Islam Mohamed Yusoff (Pas)9,598 undi, Datuk Leong Kim Soon (BN) 12,351 undi dan Tan Huan Meng (PRM) 294 undi.

Manakala, Dun Lembah Jaya, Haniza Talha berjaya menewaskan penyandang Khasim Abdul Aziz dengan majoriti 14,790 undi.

Khasim Abdul Aziz (Pas) memperoleh 7,358 undi, Mohamad Nizam Shith (BN) 7,723 undi dan Norizwan Mohamed (PRM) 177 undi.