MIRI - Sarawak berjaya memanfaatkan kelebihan di laman sendiri dengan sokongan padu penyokong apabila menang tipis 1-0 ke atas Kedah pada final Piala Tun Sharifah Rodziah 2017 di di Stadium Miri, petang tadi.

Hasrat pasukan bolasepak wanita Kedah untuk meraih piala kedua musim ini selepas muncul juara Liga Bolasepak Rakyat Wanita (LBRW) 2017 Mac lalu musnah hasil jaringan tunggal pemain lawan.

Kedua-dua pasukan mara ke pentas akhir buat kali pertama sejak kejohanan tersebut diwujudkan 31 tahun lalu.                       

Juara membawa pulang hadiah tunai RM20,000 manakala naib juara membawa pulang RM10,000.