IPOH – Adun Canning, Wong Kah Woh mendakwa lukisan zaman Neolitik berusia kira-kira 5,000 tahun di Gua Tambun tidak dipelihara malah tiada usaha agresif dilakukan untuk memuliharanya.

Beliau berkata, Gua Tambun yang terletak berhampiran  Kem Syed Putra di sini dicemari perbuatan vandalisme dan sampah.

Menurutnya, lukisan zaman Neolitik itu dijumpai secara tidak sengaja oleh seorang pegawai tentera British, Leftenan RL Rawlings pada 1959 ketika sedang membuat rondaan pada zaman darurat.

“Namun selepas penemuannya itu, tiada aktiviti memulihara atau mempromosi diadakan  malah lukisan prasejarah ini berhadapan dengan ancaman,” katanya.

Kah Woh berkata, lukisan di Gua Tambun kini menghadapi kerosakan yang sangat serius dengan imej lukisan semakin sukar dilihat ditambah dengan contengan grafiti remaja nakal.

Jelasnya, beliau ingin kerajaan negeri dan jabatan berkaitan segera mengambil tindakan agar tulisan yang berusia beribu-ribu tahun itu tidak hilang akibat proses alam semula jadi atau vandalisme.

“Minggu lalu kita terima aduan orang ramai yang mahu pihak berkaitan segera bertindak memastikan sejarah itu tidak hilang untuk tatapan generasi akan datang,” katanya lagi.

Kah Woh berkata, lokasi Gua Tambun agak tersorok dan pengunjung perlu mendaki kira-kira 160 anak tangga yang curam malah sebahagian struktur tangga tersebut belum sempurna pembinaannya.

“Kita sering promosikan Perak sebagai tempat pelancongan bersejarah jika tiada langkah diambil bagi memelihara dan memperkenalkan lukisan itu sebagai tarikan pelancongan, ia satu kerugian pada kita.

“Saya minta agar kerajaan negeri khususnya Exco yang dipertanggungjawabkan dapat memberi penjelasan pada sesi penggulungan dewan kelak,” katanya,

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Persatuan Sejarah Cawangan Malaysia Kedah meminta pihak berkenaan membaik pulih tugu peringatan tamat darurat di Taman Merdeka, dekat sini yang sudah rosak akibat vandalisme.
  • KUANG - Pembeli mendakwa Pangsapuri Bandar Baru Kundang menjadi mangsa vandalisme segelintir pihak untuk kepentingan diri.
  • IPOH - Tak sampai seminggu dibuka, kolam renang milik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah dirosakkan.
  • KUALA LUMPUR - Belum pun tiba hari perhimpunan, penyokong Bersih 4.0 didakwa bertindak merosakkan harta benda awam apabila vandalisme dikesan berlaku di beberapa lokasi di ibu negara.
  • IPOH - Pesalah vandalisme tidak akan terlepas daripada dikenakan hukuman sekiranya masih terus mengekalkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap harta benda awam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.