IPOH - BN berjaya merampas kerusi Dun Hutan Melintang selepas dua penggal dikuasai pembangkang.

Calon baharu yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Bagan Datuk, Datuk Khairuddin Tarmizi menang dalam persaingan tiga penjuru dengan majoriti 741 undi.

Calon PKR, G Manivannan yang menggantikan penyandang, S Kesavan hanya memperolehi 10,220 undi berbanding Khairuddin (10,961).

N.54 HUTAN MELINTANG (31,242)

1. G Manivannan (PKR) - 10,220

2. Mohd Misbahul Munir Masduki (Pas) - 3,150

3. Khairuddin Tarmizi (BN) - 10,961

BN menang majoriti:741

Jumlah keluar mengundi: 80.20%

Undi ditolak: 593

M:55%

C:15%

I:28%

L:1%

Penyandang: S Kesavan (PKR) – 10,155