TEMERLOH - Sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk kerja menaik taraf Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang Datuk Akbar Abu berkata kerja-kerja berkenaan telah dimulakan dua minggu lepas dan dijangka siap sepenuhnya pada 7 Januari depan.

"Menerusi kerja menaik taraf itu, stadium berkenaan kelak boleh menampung 10,000 penonton, sebelum ini hanya 3,000 penonton sahaja," katanya selepas meninjau stadium berkenaan di sini.

Beliau berkata penambahan tempat duduk itu bagi memberi keselesaan kepada penonton ketika menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium berkenaan. - Bernama