MARAN - Sifat murah hati dan ringan tangan pendidik dan masyarakat Daerah Maran telah membolehkan Pejabat Pendidikan Daerah Maran (PPD) mengumpulkan dana untuk Palestin berjumlah RM56,258.30.

Pegawai Pendidikan Daerah Maran, Jalani Ludin berkata, PPD Maran mengumpul sumbangan yang sebegitu besar untuk membantu masyarakat Palestin yang terpenjara di tanah air sendiri.

Belai turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pendidik, pelajar dan masyarakat Daerah Maran amnya yang telah menjayakan semua program PPD Maran membantu masyarakat Palestin menerusi program 1 Maran 6 Cinta–cinta keamanan sejagat.

"Semua kutipan Palestin Daerah Maran telah disalurkan ke Palestin melalui Badan NGO Humanitarian Care Malaysia (MyCare).

"Bantuan yang diberikan adalah Pek Makanan untuk berbuka, Pek Hari Raya dan peralatan persekolahan untuk pelajar sekolah yang mula bersekolah pada bulan September sepeti beg sekolah, buku dan alat tulis bagi Program Back to School," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, jumlah RM56,258.30 itu berjaya dikumpulkan sepanjang tahun 2016 untuk membantu Rakyat Palestin membangunkan negara mereka yang musnah dibom oleh Kerajaan Yahudi.

PPD Maran menjalankan perbagai aktiviti dijalankan sepanjang tahun 2016 seperti berbuka puasa berpuasa bersama Palestin, Imam Sembahyang Tarawih Palestin, Tazkirah oleh Imam Palestin dan Program Back To School untuk pelajar Palestin.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia (PBKIM) menjelaskan bahawa program e-Kad sementara pekerja asing tidak gagal, cuma ada beberapa perkara yang masih memerlukan penambahbaikan.
  • GOMBAK - Seramai 240 orang anak yatim dan asnaf serta anak-anak OKU daripada Puncak Alam, Klang, Hulu Langat, Gombak, Rawang, Semenyih, Cheras dan Bandar Tun Razak diraikan pada malam majlis Iftar anjuran Pikus NGO Bersekutu Malaysia di Restoran Nelayan@Titiwangsa Gombak, baru-baru ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.