Moksu bedak sejuk viral meninggal dunia

KOTA BHARU - Seorang warga emas dikenali sebagai 'moksu bedak sejuk viral' yang cukup terkenal dalam kalangan masyarakat di sini meninggal dunia pada Ahad.
Allahyarhamah Tengku Jariahhanna Tuan Ismail dipercayai menjadi mangsa langgar lari dan telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) untuk mendapatkan rawatan.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh Engku Seri Kelantan di Facebook miliknya memaklumkan ibu saudaranya telah meninggal dunia akibat kes langgar lari awal pagi tadi.
"Terima kasih Kenny Razali memaklumkan pada saya tadi. Saya dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu.
"Mohon rakan-rakan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah," katanya.
Jenazah moksu bedak sejuk viral dikatakan masih berada di HRPZ II.
Moksu bedak sejuk viral terkenal dalam kalangan masyarakat setempat dengan penampilan berbaju kurung, berbedak sejuk diwajahnya dan suka berpantun.
Sikap peramah serta cerianya sentiasa mencuit hati orang ramai dan setiap kali menerima sedekah, dia akan mendoakan pemberi dengan penuh bersemangat.
Ringkasan AI
- Moksu bedak sejuk viral di Kota Bharu meninggal dunia
- Allahyarhamah Tengku Jariahhanna Tuan Ismail dipercayai menjadi mangsa langgar lari
- Dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk mendapatkan rawatan
- Terkenal kerana penampilan unik dan sikap peramah
- Jenazah masih berada di HRPZ II
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

