JENGKA - Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia.

Sesuai tema tahun ini, Ukhuwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah, masyarakat Felda Jengka 11 di sini tidak ketinggalan bersatu hati tanpa mengira latar belakang fahaman dalam mejayakan sambutan Malidur Rasul.

Pengurus Felda Jengka 11, Adnan Yunus berkata, sambutan Maulidurrasul rancangan Felda tersebut menghimpunkan lebih 300 penduduk di Masjid Muhajirin di sini dengan kehadiran anak-anak Tahfiz Uloom Al Islamiah serta murid-murid Tahap Dua Sekolah Kebangsaan Jengka 11 dalam perarakan.

"Seperti kelaziman, perarakan hari ini diiringi selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dengan membawa mesej agar masyarakat menelusuri keperibadian dan kisah hidup baginda.

"Program ini dianjurkan oleh badan agama Masjid Muhajirin yang dipengerusikan Ustaz M Zamri Basri.

"Turut terlibat ialah gabungan Jawatan Kuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK)  serta Gabungan Pergerakan Wanita (GPW)," katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PONTIAN - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, umat Islam di negara ini perlu menghayati makna sebenar sambutan Maulidur Rasul dengan sentiasa bersyukur.
  • SEBERANG JAYA - "Apa yang saya peroleh ini adalah berkat doa dan restu ibu bapa saya," luah seorang penerima Anugerah Qudwatur Rasul Shabab, Muneer Mohamed Farid, 37, ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang di Masjid Jamek Seberang Jaya, semalam.
  • ALOR SETAR - Bekas pensyarah Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Fakulti Tahfiz Wal Qiraat, Syeikh Kadri Abdul Hamid Al Hafiz dianugerahkan sebagai Tokoh Pendakwah sempena sambutan Maulidur Rasul Peringat Negeri Kedah, semalam.
  • IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, mempertahankan dan menyuarakan kebenaran adalah satu tuntutan yang disifatkan sebagai satu jihad.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.