MARAN - Dua maut manakala tiga lagi cedera parah dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 91.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur jam 9.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mazlan Hassan berkata, berdasarkan siasatan awal dijalankan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila, sebuah pajero hilang kawalan lalu melanggar sebuah Proton Saga FLX milik Pengurusan Air Pahang (Paip) Daerah Maran dinaiki tiga pekerja Paip dari arah bertentangan.

Menurutnya, akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu dan penumpang hadapan Proton Saga telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang belakang Proton Saga berserta pemandu dan penumpang Pajero cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati jalan raya tersebut adalah dua hala, satu lorong dan terdapat garisan putus-putus berkembar pembahagi lorong. Keadaan cuaca baik dan cerah serta permukaan jalan kering. Terdapat kesan brek di atas permukaan jalan.

"Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Proton Saga, Mohd Saiful Adley Abd Ghafar, 29, dari Taman Desa Jaya, Bandar Jengka, Pahang dan juga penumpang hadapan Proton Saga, Othman Md Yusoff, 60, dari Simpang Kampung Bukit Lada Awah. Kedua-duanya mereka adalah pekerja Paip," katanya.

Mazlan berkata, mangsa yang cedera parah ialah penumpang belakang Proton Saga yang juga pekerja Paip, Khairudin Mohd Razi, 36, dari Felda Kampung New Zealand. Beliau patah paha dan tangan.

Sementara itu, pemandu Pajero yang merupakan pekerja Risda, Hamee Yusoff, 35, dari Taman Paya Pulai Temerloh, patah tangan kiri dan patah kaki kanan manakala anaknya, Nur Huda Aqilah, 8, patah tangan kiri.

Kes dikendalikan Inspektor Mohamad Zaki Abdul Malik di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan dalam kejadian di Kilometer 15.1 Lebuhraya NKVE, dekat sini, hari ini.
  • TASEK GELUGOR - Seorang guru sekolah memandu maut selepas keretanya terbabas dalam satu kemalangan di Jalan Pokok Machang, di sini malam kelmarin.
  • BELURAN - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 14 Jalan Telupid-Beluran hari ini.
  • JOHOR BAHRU - Pengalaman pertama kali memotong kain kafan turut menjadi yang terakhir buat seorang pelajar tingkatan tiga yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Jalan Pantai menghala Pasir Gudang, di sini, awal pagi semalam.
  • IPOH - Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Saga dipandunya dirempuh kenderaan lain di Jalan Kuala Kangsar, di sini, hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.