332 mohon lesen, 5 sungai diwarta lokasi mendulang emas di Kelantan

Sebanyak 110 daripada 332 permohonan lesen sudah diproses selepas pemohon melengkapkan bayaran. Foto hiasan
Sebanyak 110 daripada 332 permohonan lesen sudah diproses selepas pemohon melengkapkan bayaran. Foto hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 332 lesen mendulang emas telah dimohon oleh penduduk di negeri ini untuk menjalankan aktiviti itu secara sah sejak permohonan dibuka pada 1 Januari lalu.

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri, Datuk Nik Raisnan Daud berkata, daripada jumlah itu 110 permohonan lesen sudah diproses selepas pemohon melengkapkan bayaran.

"Baki selebihnya masih dalam proses tapisan," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Nik Raisnan
Nik Raisnan

Menurut beliau, lima kawasan sungai sudah diwartakan untuk aktiviti tersebut.

Katanya, ia melibat Jeli (Sungai Tadoh dan Pergau), Gua Musang (Galas), Kuala Krai (Sungai Gentiang) dan Tanah Merah (Bertam).

Nik Raisnan memberitahu, hanya empat jajahan dibenarkan oleh kerajaan untuk aktiviti tersebut.

"Rakyat hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan orang awam semasa mendulang emas," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, segelintir penduduk Kelantan teruja mengambil peluang memohon lesen mendulang emas di PTG Kota Darulnaim di sini sebaik permohonan dibuka pada Khamis.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kaunter permohonan dibuka seawal jam 8.30 pagi, dengan penduduk antaranya dari Tanah Merah, Jeli dan Kota Bharu mula hadir ke kaunter sekitar jam 9 pagi.

Urusan permohonan tersebut juga berjalan lancar tanpa kesesakan apabila setakat sesi pagi, kurang daripada 10 pemohon hadir membuat permohonan secara terus di kaunter berkenaan.

Ringkasan AI

  • Sebanyak 332 lesen mendulang emas telah dimohon oleh penduduk di Kelantan
  • Daripada jumlah itu, 110 permohonan lesen sudah diproses
  • Lima kawasan sungai diwartakan untuk aktiviti mendulang emas
  • Hanya empat jajahan dibenarkan mengendalikan aktiviti mendulang emas
  • Penduduk diminta mematuhi sop yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan semasa mendulang emas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!