Sultan Pahang tinjau serpihan disyaki objek dari angkasa

Al Sultan Abdullah meluangkan masa melihat sendiri objek disyaki serpihan dari angkasa. Foto FB Kesultanan Pahang
Al Sultan Abdullah meluangkan masa melihat sendiri objek disyaki serpihan dari angkasa. Foto FB Kesultanan Pahang
A
A
A

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melihat serpihan dipercayai objek dari angkasa di Balai Polis Nenasi, Pekan pada Rabu.

Kesultanan Pahang melalui hantaran Facebooknya memaklumkan, Baginda meluangkan masa kira-kira 20 minit melihat objek berkenaan dari dekat dan mendengar persembahan taklimat oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Baginda turut menerima sembah maklum berkenaan kajian yang masih dilakukan pihak MOSTI terhadap objek berkenaan berdasarkan rupa bentuk, keadaan semasa serta andaian lokasi asal serpihan tersebut.

Al Sultan Abdullah meluangkan masa melihat sendiri objek disyaki serpihan dari angkasa. Foto FB Kesultanan Pahang
Al Sultan Abdullah meluangkan masa melihat sendiri objek disyaki serpihan dari angkasa. Foto FB Kesultanan Pahang

Objek seberat kira-kira 200 kilogram itu ditemukan penduduk kampung di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi pada 30 Disember tahun lalu sebelum ditempatkan di Balai Polis Nenasi bagi tujuan pengawasan dan kajian MOSTI.

Siasatan awal polis mendapati serpihan objek berkenaan dipercayai jatuh dari angkasa ke dalam laut sebelum dihanyutkan arus ke kawasan pantai di Nenasi.

Serpihan disyaki dari anglasa kini ditempatkan di Balai Polis Nenasi bagi tujuan pengawasan dan kajian. Foto FB Kesultanan Pahang
Serpihan disyaki dari anglasa kini ditempatkan di Balai Polis Nenasi bagi tujuan pengawasan dan kajian. Foto FB Kesultanan Pahang

Artikel Berkaitan:

Objek yang dianggarkan berukuran 4.26 meter x 3.64 meter itu telah diuji serta diteliti pegawai Jabatan Tenaga Atom Malaysia dan mendapati ia bebas daripada sebarang radiasi.

Ringkasan AI

  • Sultan Pahang melihat serpihan dipercayai dari angkasa di Balai Polis Nenasi, Pekan
  • Baginda mendengar taklimat oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi selama 20 minit
  • Kajian MOSTI masih dilakukan untuk mengenal pasti asal usul objek tersebut
  • Objek berat 200 kilogram itu ditemukan penduduk di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi
  • Serpihan bebas dari radiasi selepas diperiksa oleh Jabatan Tenaga Atom Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!