KUANTAN - “Saya akan gunakan sebahagian wang pampasan ini untuk upah haji dan kenduri buat arwah suami,” kata Noor Azaliza Ahmad, 40, yang menerima pampasan insurans Zurich Takaful Malaysia Berhad yang berjumlah RM150,898 di sini, semalam.

Noor Azaliza terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas suaminya, Roszaain Mat Tahir, 38, meninggal dunia berikutan terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), pada 9 Mac lalu.

Katanya, meskipun sebagai kerani di salah sebuah syarikat swasta di Jalan Gambut, namun dia tetap akan terus membesarkan anak-anaknya dengan kudrat yang ada.

“Alhamdulillah dapat wang pampasan ini sedikit sebanyak ringankan beban yang saya tanggung. Wang itu akan saya gunakan untuk arwah suami dan selebihnya lagi akan disimpan untuk keperluan empat anak yang masih kecil dan bersekolah.

“Anak-anak saya berusia antara dua hingga 15 tahun. Dah pasti wang ini untuk masa depan mereka dan saya akan urus dengan sebaiknya,” katanya ketika ditemui selepas menerima replika cek daripada Konsultion Zurich Takaful, Rosdi Awang Ngah di pejabat insurans itu di Wisma Bauk, semalam.

Dia yang tinggal di Taman Perumahan di Indera Mahkota 15, di sini, berkata, arwah suami ada memaklumkan caruman tersebut, namun dia tidak mengetahui nilai caruman sebulan yang dibayar.

Sementara itu, Rosdi berkata, arwah mencarum skim ini sejak dua tahun lalu dengan pembayaran sebanyak RM200 sebulan.

Jelasnya, sebaik sahaja pihaknya mengetahui arwah meninggal dunia, pembayaran pampasan terus diuruskan.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TEMERLOH - Hasrat seorang pemuda juga orang kurang upaya (OKU) untuk meninggal dunia di Makkah menjadi kenyataan apabila menghembuskan nafas terakhir di tanah suci itu 6 September lalu.
  • ALOR GAJAH - Berkat mewujudkan tabung simpanan khas bermula sejak sekolah menengah melayakkan seorang pemuda menjadi tetamu ALLAH SWT bagi menunaikan haji pada tahun ini.
  • SUNGAI PETANI - Syarikat perindustrian terutama pengilang atau sektor swasta digesa mengupah pekerja tempatan bagi mengurangkan kebergantungan pengambilan pekerja asing.
  • TAWAU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menasihatkan agar Jemaah haji negeri ini menjaga kesihatan dalam kesibukan menunaikan ibadah haji di tanah suci.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.