ALOR GAJAH - Seorang lelaki yang berada dalam keadaan terduduk dan disangka pengsan di belakang sebuah rumah penduduk di Kampung Paya Datuk Ayer Paabas di sini rupa-rupanya sudah tidak bernyawa.

Lebih malang lelaki berusian 42 tahun itu didakwa baru sahaja menceroboh masuk sebuah rumah yang tidak berpenghuni sebelum dipercayai diserang asma dan meninggal dunia, di tempat kejadian pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar 9 pagi itu, polis dimaklumkan oleh orang awam seorang lelaki berbaju hitam tidak sedarkan diri di belakang sebuah rumah pusaka penduduk.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Wan, berkata, ketika kejadian penghuni rumah terbabit pergi ke pasar minggu sebelum menyedari kehadiran lelaki terbabit.

"Difahamkan lelaki yang dipercayai mahu mencuri itu diserang asma berdasarkan alat sedutan 'ventolin'  yang berada berhampiranya.

"Mereka terus menghubungi polis sebelum pasukan forensik Ambulans dan paramedik tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian bagi melakukan pemeriksaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SABAK BERNAM - Nelayan dan pemancing laut dalam kesal dengan tindakan pencerobohan beberapa bot pukat tunda menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan larangan.
  • SUNGAI BULOH - Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menceroboh tanah kerajaan dengan mendirikan sepuluh unit rumah di Kampung Sri Indah di sini, sejak awal tahun lalu, menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk.
  • MACHANG - Seorang pesara guru maut selepas kereta yang dinaikinya terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 49.8, Jalan Kota Bharu - Kuala Krai, berhampiran simpang Batu 30, di sini malam tadi.
  • KUCHING - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam lubang sistem saliran dan perparitan yang sedang diselenggara di Padang Merdeka di sini pagi tadi.
  • NILAI - Seorang wanita warga emas dan tiga lagi nyaris maut selepas kereta Proton Saga dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter di Jalan Lenggeng-Pantai berhampiran Hutan Lipur Lenggeng di sini, malam tadi.