MTUC gesa kerajaan beri diskaun bil air kepada pengguna terjejas

Penduduk Sri Manja beratur mengambil bekalan air dari tangki yang telah disediakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd setelah penduduk sekitar mengalami gangguan bekalan air. - Foto Bernama
Penduduk Sri Manja beratur mengambil bekalan air dari tangki yang telah disediakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd setelah penduduk sekitar mengalami gangguan bekalan air. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan memberi diskaun bil air terhadap lebih 1.2 juta isi rumah yang terjejas bekalan air di Selangor sejak dua hari lalu sebagai ganti rugi terhadap kesukaran dihadapi.

Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, kerajaan negeri Selangor dan Pusat tidak sewajarnya memandang enteng isu kegagalan agensi pengurusan perbekalan air dan penguatkuasaan undang-undang pencemaran alam sekitar dalam menjamin kualiti bekalan air.

Menurutnya, rakyat tidak boleh bertoleransi dengan masalah gangguan bekalan air tidak berjadual yang semakin kerap berlaku kerana ia menjejaskan kehidupan dan punca pendapatan mereka.

"Cukup-cukuplah rakyat asyik disajikan dengan masalah gangguan bekalan air tidak berjadual yang tidak berkesudahan di Selangor sejak dahulu lagi.

"Sudah tiba masanya kerajaan mengambil tanggungjawab memberikan mereka diskaun bil air sebagai ganti rugi terhadap kesusahan dihadapi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Selangor gagal tangani isu air

Kelmarin, sebanyak 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi berikutan LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas disebabkan berlaku pencemaran air mentah di kawasan Sungai Gong.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Hee Loy Sian dilaporkan berkata, siasatan awal Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati kilang selenggara mesin dan jentera di Rawang menjadi punca pencemaran itu.

Artikel Berkaitan:

Kilang itu yang sudah disita, pernah dikompaun RM60,000 atas kesalahan sama sebelum ini tetapi masih mengulangi kesalahan berkenaan.

Berikutan itu, polis hari ini menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kesemua suspek berumur lingkungan 50 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi bermula kira-kira jam 11 malam sehingga 12.30 tengah malam tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kilang berkenaan diusahakan oleh empat suspek yang juga adik-beradik selepas bapa mereka meninggal dunia dengan kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, kilang berkenaan disyaki melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong yang mengalir ke Sungai Sembah iaitu antara sungai utama bagi Sungai Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Kilang punca pencemaran Sungai Gong sudah disita

Empat beradik cemar Sungai Gong direman