Kilang punca pencemaran Sungai Gong sudah disita

Bantuan lori tangki air digerakkan bagi membantu pihak terjejas dengan insiden tersebut.
Bantuan lori tangki air digerakkan bagi membantu pihak terjejas dengan insiden tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kilang yang disyaki terlibat dengan insiden pencemaran Sungai Gong disita dan akan didakwa di mahkamah serta-merta.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan perkara tersebut dan tindakan lebih keras melalui proses undang-undang akan dikenakan terhadap pihak terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air: Pencemaran masih dikesan di muka sauk

Beliau berkata, keutamaan Kerajaan Selangor pada masa ini ialah untuk memastikan bekalan air dapat disalurkan ke rumah-rumah dan premis perniagaan yang terjejas secepat mungkin.

"Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor dan ahli-ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) juga digesa untuk turun ke kawasan terjejas sebagai 'frontliner' dalam menghadapi gangguan air ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, Unit Bencana dan agensi terlibat khususnya Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah bekerja keras tanpa henti dengan mengambil beberapa tindakan.

Beliau berkata, antara tindakan yang diambil adalah dengan melakukan pencairan air di Sungai Gong dengan pelepasan air melalui beberapa sumber.

"Usaha ‘flushing’ air yang tercemar ke hilir sungai turut dilakukan melalui pembukaan pintu Baraj 3 dan 5 di Intake Sungai Selangor Fasa 1.

"Selain itu, sebanyak 250 kilogram serbuk arang atau pun Activated Carbon telah diletak di kawasan-kawasan yang terdapat kesan bau serta premis kilang terbabit," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 1,292 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, beliau berkata, sebanyak 78 lori tangki, 22 lori tangki jumbo, 54 tangki statik, 18 pusat khidmat setempat, lapan pili air awam serta 23,000 botol setiap satu mengandungi lima liter air minuman telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas.