Polis tubuh pasukan khas siasat pencemaran bau

Pihak berkuasa menyerbu lokasi kilang yang dipercayai punca kepada pencemaran bau di Sungai Gong, Rawang.
Pihak berkuasa menyerbu lokasi kilang yang dipercayai punca kepada pencemaran bau di Sungai Gong, Rawang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang yang mengakibatkan hampir 1.2 juta akaun pengguna di Lembah Klang terjejas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pasukan tersebut ditubuhkan semalam selepas pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian tersebut.

“Pasukan itu disertai pegawai dan anggota polis bersama pihak berkaitan antaranya Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kerana mereka merupakan pakar dalam bidang itu,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, pemilik kilang serta pihak yang disyaki terbabit dengan kejadian berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Ditanya sama ada kilang berkenaan beroperasi secara haram atau sebaliknya, Noor Azam berkata, perkara itu masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: