Ahmad Faizal bangga kejayaan Sekolah Seni Malaysia Perak

Kakitangan bersama pelajar Sekolah Seni Malaysia Perak yang menyertai pertandingan International China Spring Festival di Bejing.
Kakitangan bersama pelajar Sekolah Seni Malaysia Perak yang menyertai pertandingan International China Spring Festival di Bejing.
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bangga dengan kejayaan Sekolah Seni Malaysia Perak yang berjaya meraih gelaran Gold Awards sempena International China Spring Festival yang berlangsung di Beijing, China, Rabu lalu.

Ahmad Faizal berkata, kejayaan berkenaan adalah satu kebanggaan bagi rakyat di negeri ini kerana sekolah seni berkenaan telah berjaya mendapatkan anugerah emas (Gold Awards) dalam pertandingan di peringkat antarabangsa.

“Kerajaan negeri rasa begitu berbangga apabila Sekolah Seni Malaysia Perak berjaya mendapat Gold Award pada pertandingan yang berlangsung dari 23 hingga hari ini.

“Sekali lagi bagi pihak pentadbiran kerajaan negeri kita ucapkan tahniah kepada anak-anak kita yang menjulang nama negara dan negeri kali ini,” katanya pada sidang media sempena pelancaran Terminal 1 @ Meru di Kampar di sini, hari ini.

Menurutnya, sekolah berkenaan berjaya mendapatkan anugerah berkenaan biarpun bersaing dengan peserta dari luar negara.

Difahamkan, pertandingan berkenaan melibatkan penyertaan seramai lapan negara dengan 80 pasukan serta 2,500 pelajar dari seluruh dunia termasuk Australia dan Kanada.

Artikel Berkaitan: