Majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah diadakan esok

Majlis pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Kedah dijadual diadakan di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit esok.
Majlis pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Kedah dijadual diadakan di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit esok.
A
A
A

ALOR SETAR - Selepas keputusan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dimuktamadkan semalam, majlis pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Kedah kini dijadualkan berlangsung di Istana Anak Bukit di sini, esok.

Berdasarkan surat jemputan media yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah hari ini, majlis itu dijadual diadakan di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, di sini kira-kira jam 9 pagi.

Majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah itu turut akan dihadiri Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Norizan Khazali.

Pada PRN semalam, Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri ketika ini bertindak sebagai Menteri Besar Kedah sementara, sehingga Menteri Besar baharu dilantik dan mengangkat sumpah. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

'Tak tahu nama dalam senarai calon MB atau tidak' - Sanusi

Artikel Berkaitan: