Kesatuan sekerja TV3 bantah pemberhentian pekerja

Media Prima
Media Prima
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) (KSKSTMB) dan Kesatuan Eksekutif TV3 (KESTMB) membantah langkah pembuangan pekerja yang dilakukan syarikat itu.

Presiden KSKSTMB, Khairuzzaman Mohammad berkata, perkara itu telah melanggar perjanjian selain ia turut tidak dibincangkan terlebih dahulu bersama-sama kesatuan tersebut.

Khairuzzaman dalam suatu kenyataan hari ini berkata pihak kesatuan sekerja turut menggesa kerajaan campur tangan membatalkan tindakan pihak majikan berkenaan.

"Kesatuan Sekerja Kakitangan TV3 dan Kesatuan Eksekutif TV3 membantah perlaksanaan pemberhentian 190 pekerja teknikal Jabatan Eng dan Props serta proses MSS secara paksa seramai 43 orang daripada Jabatan Berita dan Perkhidmatan Pengurusan," katanya.

Beliau berkata, ia melanggar Perjanjian Bersama kedua-dua Union kerana tiada perbincangan diadakan.
Artikel Berkaitan:


"Juga melanggar kod amalan Code of Conduct for Industrial Harmony 1975 dengan gagal berunding dengan pihak union dan melaksanakan langkah-langkah awal seperti pemotongan gaji, mengurangkan waktu kerja dan mengawal kerja lebih masa," katanya.

Kesatuan juga katanya, menggesa campur tangan Kementerian Sumber Manusia dan kerajaan untuk membatalkan tindakan pengurusan Media Prima ini dalam melaksanakan pemberhentian kerja yang tidak mengikut lunas undang-undang.