X

Kindly register in order to view this article
!

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan takziah

Allahyarham Tan Sri Abd Rahman Arshad meninggal dunia pada jam 10.45 pagi tadi di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang pada usia 84 tahun.
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan waris Allahyarham Tan Sri Abd Rahman Arshad.

Tokoh pendidik terkemuka negara yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu meninggal dunia pada jam 10.45 pagi tadi di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang pada usia 84 tahun.

Menerusi Facebook Royal Selangor Office hari ini memaklumkan, baginda mengenali Allahyarham sewaktu dilantik sebagai Pro Canselor UiTM pada tahun 2000 hingga 2005.

"Sejak itu, setiap kali ada kesempatan bertemu, baginda dan Allahyarham akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Abd Rahman Arshad meninggal dunia

Jenazah Abd Rahman Arshad akan dikebumikan di Masjid Tanah, Melaka

"Kali terakhir baginda menerima menghadap Allahyarham ialah pada 9 Julai lalu di Istana Bukit Kayangan," memetik perkongsian di Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Memetik kenyataan itu, baginda menganggap Allahyarham sebagai seorang yang mesra, kuat semangat dan berpengetahuan tinggi.

"Allahyarham dikurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 2011 oleh baginda di atas jasa dan baktinya.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat," kenyataan itu menyebut.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Noor Hayati Mohamed.

Terdahulu, berita sedih itu turut dikongsi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi akaun Instagram miliknya pagi tadi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!