Rasuah: Ketua balai, dua anggota polis direman

Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai.
Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Tiga anggota polis termasuk seorang ketua balai berpangkat Sub Inspektor direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menerima rasuah membabitkan wang berjumlah RM6,000.

Perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan Majistret Lee Kim Keat di Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas permohonan tersebut dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka bagi membantu siasatan di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Difahamkan ketiga-tiga suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM6,000 daripada pemilik perniagaan yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai bayaran untuk menggelakkan tindakan saman.

Ketua balai berusia 57 tahun direman bagi membantu siasatan berhubung kes menerima rasuah.
Ketua balai berusia 57 tahun direman bagi membantu siasatan berhubung kes menerima rasuah.

Semalam, SPRM Melaka menahan seorang ketua balai berusia 57 tahun dan dua anggota polis berusia 26 dan 27 tahun dalam serbuan di sebuah balai polis di daerah Melaka Tengah.

Dalam serbuan kira-kira jam 6 petang di Balai Polis Tengkera di sini ,wang rasuah berjumlah RM6,000 turut ditemui disimpan dalam pejabat salah seorang suspek.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Awang Kok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan tangkapan tersebut, namun enggan mengulas lanjut.

Artikel Berkaitan: