Tag 'pink' taman tema rupanya...

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

IPOH - Polis mengesahkan gelang berwarna merah jambu dipakai seorang wanita di sebuah restoran menerusi satu gambar yang tular bukan gelang pesakit di bawah pengawasan (PUS) koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, gelang tersebut merupakan tag masuk ke sebuah taman tema di sini.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan mengenai gambar tular itu pada 4 Ogos lalu daripada pemilik restoran tersebut yang menerima gambar tular berkenaan.

"Setelah pemilik tersebut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati gelang tersebut merupakan tag masuk ke sebuah taman tema di Ipoh.

"Laporan polis dibuat oleh pemilik restoran tersebut menafikan wanita tersebut memakai gelang kuarantin (Covid-19) seperti di dalam gambar yang tular tersebut," katanya kepada pemberita semalam.

Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak memaklumkan bahawa mereka sedang mengesan seorang wanita memakai gelang individu di bawah pengawasan (PUS) koronavirus (Covid-19) menerusi gambar yang tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: JKN Perak kesan seorang lagi wanita pakai gelang pink

Artikel Berkaitan: