X

Kindly register in order to view this article
!

Tragedi Beirut: Kerugian dianggarkan AS$5 bilion

Gabenor Beirut, Marwan Abboud menganggarkan jumlah kerosakan akibat letupan di pelabuhan bandar itu sekitar USD3-5 bilion.
A
A

KAHERAH - Gabenor Beirut, Marwan Abboud menganggarkan jumlah kerosakan akibat letupan di pelabuhan bandar itu sekitar USD3-5 bilion, lapor agensi berita Sputnik.

Letupan berkenaan menggegarkan bandar itu pada Selasa. Menurut pihak berkuasa, ia disebabkan oleh penyimpanan 2,750 tan metrik ammonium nitrat dengan cara yang salah.

"Anggaran kerosakan antara USD3 dan 5 bilion," kata gabenor, seperti yang dipetik oleh penyiar LBCI, dan ia berkemungkinan lebih tinggi.

Menurut pegawai itu, ratusan penduduk tidak mempunyai rumah setelah letupan itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!