86 penerbangan dibatalkan gara-gara kru kabin ambil cuti sakit beramai-ramai

Tindakan itu turut menjejaskan jadual penerbangan antarabangsa. - Foto Agensi
Tindakan itu turut menjejaskan jadual penerbangan antarabangsa. - Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Sebanyak 86 penerbangan Air India Express terpaksa dibatalkan, gara-gara kru kabin mengambil cuti sakit (MC) secara beramai-ramai pada saat akhir, malah mereka turut menutup telefon bimbit masing-masing.

Syarikat penerbangan itu pada Rabu mengesahkan tindakan sebagai tanda protes dilakukan kira-kira 300 kru itu turut menjejaskan jadual penerbangan antarabangsa.

Pengurusan Air India Express dilaporkan cuba menghubungi kumpulan tersebut yang bertindak sedemikian kerana membantah terma dan syarat pekerjaan baharu yang ditetapkan pemilik baharu, Tata Group.

“Kami memohon maaf kepada penumpang yang terkesan dengan gangguan tidak dijangka ini. Situasi itu bagaimanapun tidak menggambarkan standard perkhidmatan disediakan oleh kami,” ujar jurucakapnya.

Sejumlah penumpang turut meluahkan rasa tidak puas hati menerusi media sosial kerana tidak dimaklumkan lebih awal walaupun dijanjikan bayaran balik. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: