Faisal Halim semakin stabil

Faisal Halim. Foto Bernama
Faisal Halim. Foto Bernama
A
A
A

INI perkembangan terkini keadaan pemain kebangsaan, Faisal Halim, susulan menjalani pembedahan kedua susulan disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali.

Faisal ketika ini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam susulan disimbah asid pada Ahad.

Dia mengalami kelecuran tahap empat dan telah menjalani pembedahan kedua pada sebelah petang dan kini berada dalam keadaan stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan, Faisal Halim telah selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam dan keadaannya makin stabil.

Asid sulfurik pekat merupakan bahan kimia yang digunakan oleh si pelaku ketika menganiaya Faisal hingga menyebabkan beberapa anggota badan termasuk mukanya melecur tahap empat. - Stadium Astro/ Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: