Angka kematian akibat letupan di Domican meningkat kepada 27

Pandangan dari atas memaparkan para pekerja bertugas di kawasan terjejas akibat letupan di San Cristobal, Dominican. - Foto AFP
Pandangan dari atas memaparkan para pekerja bertugas di kawasan terjejas akibat letupan di San Cristobal, Dominican. - Foto AFP
A
A
A

HAVANA - Angka kematian yang disahkan selepas insiden letupan di pusat bandar San Cristóbal, Dominican telah meningkat kepada 27 nyawa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ketua Agensi Perlindungan Awam COE, Juan Manuel Méndez, dalam sidang media pada Rabu berkata, seramai 59 lagi cedera.

Letupan pada petang Isnin itu menggegarkan kawasan pasar yang sibuk di San Cristóbal, lalu mencetuskan kebakaran besar.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Menurut laporan beberapa media, seperti akhbar Diario Libre, pasukan penyiasat mengesyaki bahawa insiden bermula dari sebuah kedai kitar semula plastik yang beroperasi secara haram.

Presiden Luis Abinader mengisytiharkan hari berkabung kebangsaan pada Khamis. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan: