Meninggal dunia ketika imamkan solat Subuh

Tangkap layar memaparkan detik ketika Mujahid menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Ahad.
Tangkap layar memaparkan detik ketika Mujahid menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Ahad.
A
A
A

MAKASSAR - Seorang pensyarah di Institut Agama Islam Negeri Bone (IAIN Bone), Sulawesi Selatan, Indonesia rebah dan meninggal dunia ketika sedang mengimamkan solat Subuh di Masjid Agung daerah Takalar, pada pagi Ahad.

Menurut laporan media tempatan, Allahyarham Mujahid Said berada di Takalar bagi memenuhi jemputan untuk menjadi panel juri tilawah al-Quran ke-33.

Pengurus Cawangan Nahdlatul Ulama (PCNU), Firman Ahmad berkata, pemergian Mujahid itu agak mengejutkan kerana Allahyarham sentiasa dilihat berada dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sejarah penyakit.

“Setahu saya, beliau sihat dan masih lagi aktif mengajar di kampus IAIN Bone,” katanya.

Ujar Firman lagi, Allahyarham disenangi ramai dan juga penasihat PCNU bagi daerah Bone iaitu sebuah pertubuhan Islam yang terbesar di Indonesia.

“Mujahid juga menganggotai Dewan Hakim Majelis IV Cawangan Hifzh Al-Quran Kumpulan 1 Juz dan Tilawah, 5 Juz dan Tilawah MTQ Peringkat Provinsi Sulawesi Selatan. Beliau juga ialah panel hakim di sana (Takalar),” katanya.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Talumae, Bukaka selepas solat Asar pada hari sama. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: