Guru Pasti maut motosikal langgar lubang

Tular gambar kemalangan maut yang menimpa mangsa di Jalan Gapam-Bemban, di Jasin, pada pagi Isnin.
Tular gambar kemalangan maut yang menimpa mangsa di Jalan Gapam-Bemban, di Jasin, pada pagi Isnin.
A
A
A

JASIN - Seorang guru wanita yang mengajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) maut selepas motosikal yang ditunggang dipercayai melanggar lopak di Jalan Gapam-Bemban, di sini, pada pagi Isnin.

Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 11.20 pagi itu, menyebabkan mangsa, Siti Sarah Mohamed Nuwawi, 32, yang mengalami cedera parah di lokasi kejadian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Sym dari arah Bemban menuju ke Gapam.

"Setiba di lokasi, mangsa yang beralamat di Taman Ayer Keroh Height dipercayai terlanggar kawasan yang tidak rata kerana terdapat kerosakan di permukaan jalan, menyebabkan mangsa terbabas lalu terjatuh.

"Impak kemalangan itu mangsa mengalami cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka pada jam 4.20 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Tambahnya, turut meminta saksi awam yang melihat kejadian untuk tampil memberi keterangan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beberapa jam lalu, tular di media sosial Facebook mengenai insiden yang menimpa mangsa didakwa disebabkan lubang yang terdapat di atas permukaan jalan raya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: