X

Kindly register in order to view this article
!

MB nasihat ibu bapa tulis surat jika bimbang hantar anak ke sekolah

Muhammad Sanusi pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, hari ini.
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor menasihatkan ibu bapa agar menulis surat kepada pihak sekolah sekiranya bimbang untuk menghantar anak mereka ke sekolah disebabkan pandemik Koronavirus (Covid-19) kluster Sivagangga.

Menurutnya, bagi sekolah-sekolah yang berdekatan dengan kawasan yang berisiko dengan penularan pandemik, beliau sedia maklum dengan kebimbangan yang dihadapi oleh ibu bapa.

"Sekolah berdekatan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran ini memang ada ibu bapa yang bimbang untuk hantar anak mereka ke sekolah. Namun ibu bapa perlu menghantar surat kepada sekolah untuk memaklumkan bahawa mereka tidak bersedia untuk hantar anak ke sekolah.

"Tapi janganlah pula bagi mereka yang tinggal jauh dari kawasan PKPD pentadbiran takut pula nak hantar anak ke sekolah. Jangan ambil kesempatan pula," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Muhammad Sanusi bagaimanapun berkata, beliau masih belum mempunyai data mengenai jumlah pelajar yang tidak hadir ke sekolah disebabkan kebimbangan terhadap Covid-19.

Menurutnya, beliau akan mendapatkan maklumat tersebut daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dalam masa terdekat ini.

Setakat ini hanya empat sekolah yang ditutup iaitu di Kubang Pasu dan sebuah sekolah di Padang Terap.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!