39 motosikal diubah suai disita polis

Polis bertindak menyita 39 buah motosikal yang diubah suai dalam Ops Motosikal di Pantai Kelanang, Banting.
Polis bertindak menyita 39 buah motosikal yang diubah suai dalam Ops Motosikal di Pantai Kelanang, Banting.
A
A
A

BANTING - Kegilaan mengubah suai motosikal hingga mengganggu ketenteraman awam mengundang padah apabila polis menyita 39 buah motosikal dalam operasi di Pantai Kelanang, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman berkata, operasi Ops Motosikal oleh sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat itu dijalankan bermula jam 6 petang, Ahad lalu.

Menurutnya, seramai 108 individu dan 105 kenderaan iaitu 32 buah kereta serta 73 motosikal telah diperiksa.

"Polis kemudian menyita 39 buah motosikal pelbagai jenis antaranya Yamaha Y15, RXZ dan Lagenda yang diubah suai antaranya ekzos serta nombor pendaftaran.

"Ada yang mengubah suai nombor pendaftaran dengan tujuan untuk mengelak daripada dikenal pasti pihak berkuasa khususnya dalam Ops Speed Trap dan Snap Check," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Polis bertindak menyita 39 buah motosikal yang diubah suai dalam Ops Motosikal di Pantai Kelanang, Banting.
Polis bertindak menyita 39 buah motosikal yang diubah suai dalam Ops Motosikal di Pantai Kelanang, Banting.

Beliau berkata, tindakan telah diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, operasi yang tamat pada jam 11 malam itu turut mengeluarkan 188 jumlah saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kesalahan nombor pendaftaran paling banyak dicatatkan dengan 48 kes diikuti cermin sisi (39), lesen (36), ubah suai ekzos (27), topi keledar (19) dan selebihnya lain-lain kesalahan.

"Operasi ini memfokuskan Pantai Kelanang susulan aduan masyarakat berkaitan aktiviti lumba haram dan pelanggan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya.

Tegasnya, masyarakat terutama ibu bapa perlu lebih peka mengenai aktiviti anak mereka khususnya di bawah umur yang menggunakan kenderaan bermotor. Ini kerana ibu bapa boleh dituduh di mahkamah kerana membenarkan anak tiada lesen memandu.