Rumah kelahiran Adolf Hitler diubah suai jadi balai polis

Pemerintah Austria bertindak mengambil alih struktur tersebut yang terletak di kawasan bersempadan Berlin pada 2016. - Foto Agensi
Pemerintah Austria bertindak mengambil alih struktur tersebut yang terletak di kawasan bersempadan Berlin pada 2016. - Foto Agensi
A
A
A

VIENNA - Reka bentuk semula rumah kelahiran pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler pada 1889 akan dilakukan seperti dijadualkan bermula 2 Oktober depan, menurut Kementerian Luar Austria pada Isnin.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas tayangan sebuah dokumentari yang memaparkan hasrat pemimpin kontroversi tersebut.

Vienna akhirnya memutuskan untuk menjadikan kediaman di bandar Braunau tersebut sebagai balai polis dilengkapi pusat latihan hak asasi manusia selepas perbalahan undang-undang selama bertahun-tahun.

Difahamkan, pemerintah Austria bertindak mengambil alih struktur tersebut yang terletak di kawasan bersempadan Berlin pada 2016 kerana bimbang ia disalah guna kumpulan neo-Nazi.

"Projek itu akan dilaksanakan seperti yang dirancang," ujar jurucakap kementerian itu.

Menerusi artikel akhbar bertarikh 10 Mei 1939, Hitler dikatakan pernah menyuarakan impiannya untuk menjadikan kawasan rumah kelahirannya yang berukuran 800 meter persegi sebagai pejabat untuk pihak berkuasa daerah.

Projek itu dilaporkan menelan kos berjumlah kira-kira 20 juta euro (RM101.5 juta) dan dijangka siap menjelang 2025. - AFP

Artikel Berkaitan: