37 mangsa banjir dipindahkan di Bandar Baharu

Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) memantau paras air banjir di Kampung Banggol Rashid Selama.
Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) memantau paras air banjir di Kampung Banggol Rashid Selama.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 37 mangsa banjir daripada sembilan buah keluarga di Kampung Banggol Rashid Selama, Bandar Baharu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Selama.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Lefthenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, pusat pemindahan itu dibuka pada jam 1 pagi tadi.

Katanya, setakat jam 4 petang tadi, tiada pertambahan jumlah mangsa direkodkan di pusat berkenaan dan keadaan paras air semakin surut.

"Berdasarkan pemantauan air banjir tersebut terus ke kawasan Kampung Baru Selama Estet dalam mukim Serdang," katanya menerusi suatu kenyataan di sini hari ini.

Antara mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Bandar Baharu.
Antara mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Bandar Baharu.

Menurutnya, banjir yang melanda kawasan tersebut adalah berpunca daripada hujan lebat yang turun lebih tiga jam mulai jam 8 malam tadi.

Sementara itu, di Baling sebanyak empat pusat pemindahan masih dibuka melibatkan 85 mangsa dari dua buah mukim di daerah berkenaan.

Artikel Berkaitan: