13 mangsa banjir kilat dipindahkan ke PPS Gelang Patah

Anggota bomba bersama salah seorang daripada tiga yang diselamatkan dalam insiden banjir kilat di kampung berkenaan. - Foto bomba
Anggota bomba bersama salah seorang daripada tiga yang diselamatkan dalam insiden banjir kilat di kampung berkenaan. - Foto bomba
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seramai 13 mangsa melibatkan sembilan perempuan dewasa, seorang lelaki kurang upaya (OKU) dan tiga bayi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Gelang Patah susulan banjir kilat di Kampung Baru Muafakat, di sini, pada Isnin.

Menurut Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Mohd Hairi Zainddin, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara berkenaan sekitar 12.12 tengah hari.

Anggota bomba menyelamatkan mangsa banjir kilat di sebuah rumah di kampung berkenaan. - Foto Bomba
Anggota bomba menyelamatkan mangsa banjir kilat di sebuah rumah di kampung berkenaan. - Foto Bomba

Katanya, sejurus menerima panggilan tersebut, seramai 13 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri serta enam anggota bomba (BBP Pekan Nenas) dengan dua jentera FRT, Utiliti (satu) dan dua bot dihantar ke lokasi.

"Sebaik tiba ke lokasi didapati kawasan Jalan Jeluntas 1, Kampung Baru Muafakat telah dilanda banjir.

Anggota bomba membantu memindahkan seorang warga emas. - Foto bomba
Anggota bomba membantu memindahkan seorang warga emas. - Foto bomba

"PKO kemudiannya bertindak memindahkan kesemua mangsa ke PPS Dewan Gelang Patah," katanya.

Tambah Mohd Hairi, operasi masih diteruskan di kawasan berkenaan ketika ini.