Tokan ketum kena tangkap

Air ketum yang dirampas daripada ketiga-tiga suspek
Air ketum yang dirampas daripada ketiga-tiga suspek
A
A
A

BUTTERWORTH -Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan bersama 10 bungkusan air ketum dalam pemeriksaan di sebuah rumah di Flat Taman Sukaria, Mak Mandi di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua mereka ditahan jam 6 petang dalam Ops Tapis yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia 32 hingga 41 tahun bekerja sebagai buruh dan berniaga.

"Hasil pemeriksaan di rumah tersebut menjumpai sebanyak 10 bungkusan cecair disyaki air ketum.

"Siasatan mendapati air ketum yang dirampas itu untuk dijual di kawasan Mak Mandin dan jumlah keseluruhan barang kes yang dirampas dianggarkan bernilai RM100," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noorzainy berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara untuk tindakan lanjut.

Katanya, kesemua mereka direman selama empat hari dan akan disiasat di bawah Sek. 30(3) Akta Racun 1952.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik yang berterusan secara agresif ke atas pengedar-pengedar dadah dan pemproses air ketum yang berada di daerah ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga mengharapkan kerjasama daripada masyarakat untuk membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.