Tarif air Pulau Pinang kekal kedua terendah

Kon Yeow. Foto Bernama
Kon Yeow. Foto Bernama
A
A
A

GEORGE TOWN - Kadar tarif air di Pulau Pinang merupakan kekal kedua terendah di negara ini selepas Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan kadar tarif baharu bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kadar tarif baharu air yang diumumkan di beberapa negeri bertujuan menjana hasil yang boleh menampung projek infrastruktur.

"Setelah kadar tarif baharu air, Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai tarif kedua terendah bagi band (jalur penggunaan) pertama selepas Terengganu," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.

SPAN mengumumkan purata kadar baharu di Pulau Pinang untuk penggunaan domestik air sehingga 35 meter padu (m3) sebulan ialah RM1.17 bagi setiap m3 iaitu 1,000 liter dan caj minimum setiap bulan ialah RM6.20.

Sementara itu, berhubung bil air yang dikeluarkan secara dwibulanan, Kon Yeow berkata, ia sebagai langkah penjimatan kos.

"Untuk menjana sekeping resit, pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) perlu melakukan kerja membaca meter, memindah bacaan itu bagi tujuan pencetakan bil dan menghantar bil ke rumah-rumah.

"Untuk kes-kes tertentu, kemungkinan kos ini adalah lebih tinggi berbanding kutipan tersebut," katanya.

Sebelum ini, Parti Gerakan Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri dan PBAPP memberikan penjelasan berhubung kadar tarif air baharu yang dikatakan membebankan rakyat, selepas menerima lebih 50 aduan daripada penduduk setempat mendakwa bil air mereka meningkat sehingga 150 peratus. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!