Dua menteri Brazil disahkan positif Covid-19

Dua ahli Kabinet Brazil, Menteri Pendidikan Milton Ribeiro dan Menteri Kewarganegaraan Onyx Lorenzoni disahkan dijangkiti Covid-19. Foto: 123RF
Dua ahli Kabinet Brazil, Menteri Pendidikan Milton Ribeiro dan Menteri Kewarganegaraan Onyx Lorenzoni disahkan dijangkiti Covid-19. Foto: 123RF
A
A
A

BEIJING - Dua ahli Kabinet Brazil, Menteri Pendidikan Milton Ribeiro dan Menteri Kewarganegaraan Onyx Lorenzoni disahkan dijangkiti koronavirus (Covid-19) pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

Kedua-duanya kini menjalani rawatan dan akan bekerja dari rumah.

Sementara itu di Cape Town, kerajaan mengumumkan Menteri Sumber Mineral dan Tenaga Afrika Selatan Gwede Mantashe dimasukkan ke hospital kerana Covid-19.

Mantashe dimasukkan ke hospital atas nasihat doktor keluarga bagi mendapat perubatan dan pemantauan lebih baik, kata jurucakap kerajaan Phumla Williams dalam satu kenyataan.

Di Kaherah, Mesir melaporkan sebanyak 627 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara itu kepada 88,402 sejak pertengahan Februari, kata Kementerian Kesihatan.

Ia merupakan hari ke-12 berturut-turut jangkitan harian Covid-19 di negara itu berada di bawah 1,000 dengan rekod jangkitan harian dilihat sebanyak 1,774 pada 19 Jun.

Negara ini juga mengesahkan 50 lagi kematian menjadikan jumlah korban kepada 4,352, kata jurucakap kementerian Khaled Megahed dalam satu kenyataan.

Di Baitulmaqdis, Kementerian Kesihatan Israel melaporkan 1,714 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 52,003.

Artikel Berkaitan:

Jumlah korban meningkat 409 kepada 415 manakala jumlah pesakit dalam keadaan serius naik daripada 252 kepada 264. Seramai 664 pesakit kini dirawat di hospital.

Di Tripoli, Pusat Kawalan Penyakit Nasional Libya melaporkan 114 kes Covid-19 baharu menjadikan keseluruhan kes disahkan sebanyak 1,980.

Pusat itu dalam satu kenyataan berkata, ia menerima sejumlah 1,179 sampel untuk kes disyaki, 114 daripadanya diuji positif.

Di Muscat pula Kementerian Kesihatan Oman mengumumkan 1,739 kes baharu dicatatkan meningkatkan jumlah kes kepada 68,400.

Lapan lagi kematian baharu dilaporkan, menjadikan korban keseluruhan seramai 326 orang manakala jumlah kes pulih sebanyak 45,150 pertambahan sebanyak 1,146, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu di Urumqi di barat laut Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur China melaporkan 17 kes baharu yang disahkan pada Ahad, kata Suruhanjaya Kesihatan Wilayah pada Isnin.

Daripada 17 kes yang disahkan, 16 dilaporkan di wilayah Urumqi dan satu di wilayah Kashgar, kata komisioner itu, sambil menambah kes di Kashgar membabitkan individu yang tiba dari Urumqi.

Di Paris pula, kerajaan Perancis mewajibkan pemakaian pelitup muka berkuat kuasa pada Isnin ketika kebimbangan terhadap tanda-tanda penularan pantas virus dan peningkatan kluster.

Memakai pelitup muka kini wajib bagi semua individu berumur lebih 10 tahun di restoran dan hotel, kedai, pasar tertutup, muzium, pawagam, dewan konsert, tempat ibadah, lapangan terbang dan stesen, perpustakaan, pusat percutian, pentadbiran dan bank.

"Ini kerana kita melihat ada tanda-tanda yang membimbangkan pandemik akan kembali di tempat-tempat tertentu di dalam negara," kata Menteri Kesihatan Olivier Veran kepada radio France Info. - Bernama