Menteri Pendidikan nafi keputusan SPM 2022 diumum 25 Mei

Poster tular tersebut memaklumkan keputusan SPM 2022 akan diumumkan pada 25 Mei 2023 selepas proses penandaan selesai lebih awal.
Poster tular tersebut memaklumkan keputusan SPM 2022 akan diumumkan pada 25 Mei 2023 selepas proses penandaan selesai lebih awal.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menafikan sebuah poster tular kononnya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan diumumkan awal.

Beliau memaklumkan, satu kenyataan penafian penuh akan dikeluarkan pihak Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Poster tular tersebut memaklumkan, keputusan SPM 2022 akan diumumkan pada 25 Mei 2023 selepas proses penandaan selesai lebih awal.

Justeru, orang ramai diminta berhati-hati sebelum berkongsi poster tersebut. - Awani