X

Kindly register in order to view this article
!

Hantar ke kampung semua hasil rompakan

Beberapa bilah parang juga dirampas daripada kumpulan terbabit.
A
A

KEPALA BATAS - Dua lelaki warga Vietnam yang dipercayai aktif melakukan jenayah pecah rumah dan kedai di daerah Seberang Perai Utara ditahan dalam Op Tebuk Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dua suspek berusia 33 dan 38 tahun itu dikatakan melakukan jenayah itu bersama dua rakan lain sejak enam bulan lalu membabitkan hasil rompakan hampir RM1 juta yang kesemua dihantar ke kampung mereka.

"Ketika penahanan suspek, kedua-dua mereka berada dalam kereta Proton Saga dalam keadaan mencurigakan di kawasan Raja Uda, Butterworth kira-kira jam 12.15 tengah malam sebelum mereka menyedari diperhatikan polis.

"Dua suspek itu kemudiannya cuba melarikan diri tetapi pasukan polis berjaya menghalang mereka. Siasatan mendapati kedua-dua suspek melakukan jenayah itu bersama dua lagi rakan mereka yang sedang diburu terlibat kerana terlibat enam kes pecah pasar raya, kedai emas dan rumah," katanya.

Noorzainy (tengah) menunjukkan peralatan yang digunakan kumpulan terbabit untuk melakukan jenayah pecah kedai.
Noorzainy (tengah) menunjukkan peralatan yang digunakan kumpulan terbabit untuk melakukan jenayah pecah kedai.

Menurutnya, siasatan mendapati kumpulan jenayah terbabit menggunakan modus operandi dengan menebuk pintu belakang untuk memecah masuk ke dalam premis dan menyasarkan peti besi mengandungi wang tunai, emas serta barangan berharga.

"Daripada tangkapan dua suspek ini kita berjaya merampas pelbagai barangan hasil kegiatan mereka selama ini termasuk peralatan untuk memecah masuk kedai dan rumah.

"Turut dirampas beberapa senjata dan parang panjang yang dipercayai digunakan ketika berhadapan dengan situasi tidak diduga termasuk diserbu oleh polis," katanya.

Katanya, semakan dibuat mendapati mereka yang bekerja sambilan sebagai penyembelih babi di Mak Mandin dan tinggal di negara ini sejak tiga tahun lalu dengan menggunakan pas lawatan sosial.

"Usaha mengesan dua rakan mereka sedang giat dilakukan dan kedua-dua suspek kini direman sehingga 28 Julai ini untuk tindakan lanjut," katanya.

Noorzainy (tengah) menunjukkan gambar dua rakan suspek yang sedang diburu.
Noorzainy (tengah) menunjukkan gambar dua rakan suspek yang sedang diburu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!