Empat nelayan tempatan ditahan ceroboh kawasan

Empat nelayan tempatan ditahan kerana menceroboh kawasan semalam.
Empat nelayan tempatan ditahan kerana menceroboh kawasan semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Empat nelayan rakyat tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang kerana didapati menceroboh kawasan pada jarak 11.8 batu nautika dari barat Pulau Bidan semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tekong berusia 64 tahun dan tiga awak-awak, masing-masing berusia 45, 56 dan 61 tahun.

Menurutnya, mereka ditahan bersama bot nelayan tempatan kelas C ketika berada di kawasan zon B.

"Kesemua nelayan itu ditahan dalam Operasi Pertiwi/Operasi Benteng di perairan Pulau Pinang semalam. Mereka dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari daratan terhampir.

"Tekong, tiga awak-awak dan bot bersama dua gulung pukat tunda, dua unit papan tunda, 20 kilogram (kg) ikan baja serta 50 kg ikan campur dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Batu Uban. Mereka diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM Pulau Pinang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Bot tempatan kelas C juga dirampas bersama beberapa tangkapan.
Bot tempatan kelas C juga dirampas bersama beberapa tangkapan.

Hamizan berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan pemantauan dan rondaan dalam memastikan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang di laut dapat dibanteras.

Orang awam diminta melaporkan sebarang kejadian mencurigakan, kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau 04-2643650.

Artikel Berkaitan: