X

Kindly register in order to view this article
!

Sindiket penipuan pelaburan dalam talian tumpas

Nik Ezanee pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya hari ini. Foto: FB IPD Petaling Jaya
A
A

PETALING JAYA - Polis berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket penipuan pelaburan dalam talian menerusi serbuan di beberapa buah rumah di Jalan Persiaran Tropicana di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam serbuan bermula kira-kira jam 2.15 petang kelmarin itu, polis menahan 14 individu termasuk dua wanita berusia lingkungan 19 hingga 36 tahun.

Menurutnya, semakan mendapati 13 individu yang ditahan merupakan warga China, manakala seorang warga tempatan.

"Dalan serbuan itu, polis merampas 31 unit telefon bimbit, selain 10 komputer riba, dua router dan dua modem wifi.

"Kesemua yang ditahan disyaki terlibat menjalankan kegiatan penipuan pelaburan dalam talian. Kesemua mereka direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini.

Antara barang yang dirampas dalam serbuan sindiket penipuan pelaburan dalam talian di Petaling Jaya kelmarin.  Foto: FB IPD Petaling Jaya
Antara barang yang dirampas dalam serbuan sindiket penipuan pelaburan dalam talian di Petaling Jaya kelmarin. Foto: FB IPD Petaling Jaya

Sementara itu, dalam kes berasingan, Nik Ezanee berkata, IPD Petaling Jaya menumpaskan kegiatan judi dalam talian menerusi serbuan di dua unit kondominium di Persiaran Meranti di sini, kira-kira jam 6 petang semalam.

Nik Ezanee berkata, seramai tujuh warga asing termasuk dua wanita berusia lingkungan 16 hingga 39 tahun ditahan. Menurutnya, polis merampas 18 unit telefon bimbit, selain sembilan unit komputer riba, 11 keping kad sim dan wang tunai berjumlah RM650.

"Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan mempromosikan kegiatan perjudian online di Malaysia dengan menyasarkan pelanggan di negara China," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1969/63.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf