X

Kindly register in order to view this article
!

Kes positif Covid-19 di Indonesia kini 62,142

1,447 lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam. Foto: 123RF
A
A

JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat kepada 62,142 kes, setelah terdapat 1,447 lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 53 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut akibat virus itu kini 3,089 orang.

"Jumlah kes positif kini 62,142 kes, sebanyak 14,205 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 996 kes, diikuti Jakarta (643 kes), Kalimantan Selatan (198) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus