Tiba masanya alumni tabur bakti kepada sekolah

Cadangan supaya persatuan alumni sekolah mengumpulkan dana bagi membeli alat pengimbas haba inframerah untuk ditempatkan di sekolah-sekolah merupakan idea yang perlu disokong semua pihak. Gambar kecil: Nor Izzatun Udda Mohamed
Cadangan supaya persatuan alumni sekolah mengumpulkan dana bagi membeli alat pengimbas haba inframerah untuk ditempatkan di sekolah-sekolah merupakan idea yang perlu disokong semua pihak. Gambar kecil: Nor Izzatun Udda Mohamed
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains (SMSS) Selangor berpendapat, sudah tiba masanya bekas pelajar di Malaysia membalas jasa dan menabur bakti kepada sekolah yang pernah menjadi tempat mereka menimba ilmu.

Setiausaha SMSS, Nor Izzatun Udda Mohamed berkata, sesi persekolahan bakal bermula tidak lama lagi dan pastinya peranan guru lebih mencabar dalam usaha memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi terutama dalam soal tugas mengambil bacaan suhu para pelajar.

Menurutnya, cadangan supaya persatuan alumni sekolah mengumpulkan dana bagi membeli alat pengimbas haba inframerah untuk ditempatkan di sekolah-sekolah merupakan idea yang perlu disokong semua pihak.

“Ia bertujuan melancarkan dan mempercepatkan proses mengambil bacaan suhu pelajar pada setiap pagi dan tengah hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Alumni sekolah diseru bantu beli alat pengimbas haba

iGuru sokong alumni kumpul dana beli alat pengimbas suhu

Tempoh saringan lebih singkat guna pengimbas haba inframerah automatik

“Bayangkan ada 1,000 pelajar yang akan memasuki pintu sekolah. Sekiranya hanya dengan alat pengimbas suhu digital biasa, kita bimbang ia akan mengambil masa yang lama dan menyukarkan tugas guru serta pelajar,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun (Ex-Semesdians), Rizan Ali berkata, penggunaan pengimbas berteknologi tinggi itu kini amat penting kerana jumlah murid di sekolah bukanlah sedikit.

“Kalau guna sistem manual, hendak imbas seorang demi seorang memang akan ambil masa lama dan ia tidak efisien. Secara peribadi saya sokong idea itu, namun ia memerlukan masa,” katanya.

Rizan berkata lagi, tiada sebarang halangan untuknya selaku alumni mengumpul dana kerana berdasarkan pengalaman lalu, Ex-Semesdians berjaya menggumpulkan dana sebanyak RM1.1 juta dalam tempoh setahun untuk pembinaan surau Sekolah Menengah Sains Dungun yang berjaya disiapkan pada tahun lepas.